My Blog List


Sunday, March 12, 2017

MASIHKAH HAJAT DAN IMPIAN ITU AKAN TERTUNAI?

Prolog.

      "Hati tidak boleh menipu". Itulah kata-kata yang sering Nazfah dengar dan acapkali baca dimana-mana laman berkaitan kehidupan dan motivasi. Jiwa yang sentiasa berkecamuk dan tidak tenteram. Namun siapa yang mengerti akan hatinya yang penuh dengan kekesalan yang berpanjangan. Walaupun sentiasa dikelilingi orang-orang yang disayangi, namun hati ini tetap sedih dan pilu.

         Ketika ini jam di dinding tepat pukul 1.05 pagi. Nazfah tetap tidak tidur. Keadaan semakin sejuk membeku,Seperti biasa, beliau menulis cacatannya di atas buku kesayangannya. cacatan yang mengimbau kenangan bagaimana rasa diri ini sentiasa disisih dan dihina. adakalanya dianggap seumpama manusia yang bodoh dimata manusia lain.

        Dan dengan hanya cacatan ini sahaja mampu meluahkan kata-kata yang perit dan tidak bermaya. betul kata orang, senyum hanya terukir dibibir namun hatinya tak siapa yang tahu. seusai menulis cacatannya , beliau melihat jam di dinding yang kini menunjukkan waktu 2 pagi.

"esok hari baru'.

"cacatan baru pasti akan ku tulis nanti".

cacatan yang penuh bermakna. apakah yang ada pada cacatan itu? adakah cacatan luahan perasaan atau cacatan lain yang ditulis oleh Nazfah.

No comments:

Post a Comment