My Blog List


Sunday, March 12, 2017

MASIHKAH HAJAT DAN IMPIAN ITU AKAN TERTUNAI?

Prolog.

      "Hati tidak boleh menipu". Itulah kata-kata yang sering Nazfah dengar dan acapkali baca dimana-mana laman berkaitan kehidupan dan motivasi. Jiwa yang sentiasa berkecamuk dan tidak tenteram. Namun siapa yang mengerti akan hatinya yang penuh dengan kekesalan yang berpanjangan. Walaupun sentiasa dikelilingi orang-orang yang disayangi, namun hati ini tetap sedih dan pilu.

         Ketika ini jam di dinding tepat pukul 1.05 pagi. Nazfah tetap tidak tidur. Keadaan semakin sejuk membeku,Seperti biasa, beliau menulis cacatannya di atas buku kesayangannya. cacatan yang mengimbau kenangan bagaimana rasa diri ini sentiasa disisih dan dihina. adakalanya dianggap seumpama manusia yang bodoh dimata manusia lain.

        Dan dengan hanya cacatan ini sahaja mampu meluahkan kata-kata yang perit dan tidak bermaya. betul kata orang, senyum hanya terukir dibibir namun hatinya tak siapa yang tahu. seusai menulis cacatannya , beliau melihat jam di dinding yang kini menunjukkan waktu 2 pagi.

"esok hari baru'.

"cacatan baru pasti akan ku tulis nanti".

cacatan yang penuh bermakna. apakah yang ada pada cacatan itu? adakah cacatan luahan perasaan atau cacatan lain yang ditulis oleh Nazfah.

Thursday, September 5, 2013

pengisian kekosongan

Saat dimana diri berada, yakinlah bahawa Allah sentiasa berada dekat kepada kita seperti firmanNya yang bermaksud:

Sesungguhnya Dia (Allah) bersama dengan kamu. Di manapun kamu berada.
(Surah 57, al- Hadid:4)
Maka, teguhkanlah didalam hati dan fikiran bahawa Allah yang bersifat ar-Rahman dan ar-Rahiim akan menolong dan mempermudahkan urusan sehari-hari seperti firmanNya yang bermaksud:

Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
( Surah 1,al-Fatihah: 2)

Dalam konsep diri sentiasa akan diberi pertolongan jika diri bersungguh-sungguh sentiasa meminta pertolongan kerana atas dasar lemahnya diri ini. (Surah 1 al-Fatihah ayat 4).

lalu akan terwujud nyata bentuk rahmat, rezeki dan nikmat dalam keadaan sejahtera dan diredhai sepanjang masa.

Wednesday, June 26, 2013

Nasihat Insan Biasa

kata-kata hikmah

Jangan pernah malu untuk mengatakan gagal,


Jangan pernah kecewa kerana kegagalan,


Apabila gagal bermakna kita belajar,


sifat orang yang berjaya ialah merasa apa itu erti kegagalan dahulu sebelum mengenali apa itu kejayaan.

Renungan sejenak

"Al Quran adalah sebuah kitab memperkenalkan manusia tentang istilah maju dan bertamaddun. Jalan nikmat yang diperkenalkan oleh Allah Ta’ala kepada hambaNya telah cukup membayangkan bahawa manusia akan maju dan bertaraf tinggi tamaddunnya. Jika ajaran dan didikan Al Quran diamalkan terutama apabila berjayanya manusia menyerlahkan rupa furqan yang terdapat di dalam Al Quran dan berjayanya manusia menyerlah rupa furqan (The relevant –inventions) yang terselindung disebalik rupa zahir setiap suatu kejadian Tuhan di langit dan di bumi."

Petikan Al Fathun Nawa Jilid 1 - Dr Halo-n - Malam Muka 2 m/s 322



Saturday, January 26, 2013

apa yang terlintas

setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Kesilapan itu terulang dengan situasi dan keadaan ianya terjadi kepada individu tersebut samaada kesilapan kecil atau kesilapan besar. faktor yang mendatangkan kesilapan berlaku disetiap kalangan manusia ada kalanya releven dan adan kalanya pelik. Namun,takkala ianya terjadi,hati pasti akan menyesal tidak terhingga buat selama-lamanya.

soal melakukan kesilapan ini pasti akan membuat diri sentiasa terkenang, paling tidak kita akan mersa murong dan sukar tidur.

Kesilapan dalam Percintaan

setiap individu pada era ini pasti akan mempunyai kesilapan dalam percintaan. Halangan mahupun penyesalan terhadap pasangan akan membuat diri sedih dan kecewa.

dan akibat sikap keegoan masing2 menjadikan pasangan tersebut berpisah, namun tanpa sedr mereka akan merasa satu kehilangan yang tidak terhingga hingga hati menjadi sunyi. itulah realiti sebenar.

oleh itu... lupakan semua, kembali kepada realiti dan berpijak dibumi nyata....

(cacatan yang terlintas.... bersambung)

Tuesday, January 1, 2013

coretan sang pemalas yang carca merba

sekian lama  x update... akhirnya terlintas dihati nak buka.... apa2 pun ucapan selamat tahun baru 2013 kepada semua... semasa ambang tahun baru.. apa yang kita akan pikirkan ialah rempit,clubbing,dan sebagainya.. tapi semalam fk pergi ke satu tempat.. memang best.. 

tempat tersebut kalau boleh perlu diperbanyakkan lagi.. program seperti kuliah ilmu dan juga pendedahan pasal zina dan pengelakannya juga membuatkan kita mendapat manfaat....

selain itu juga... terdapat ramai selebriti popular dan juga para2 ulama yang sangat digemari oleh generasi Y.... penarikan dan gaya ceramah semalam buat fk tertarik kerana terdapat keunikan dari segi penjelasan yang terus,jelas dan unsur2 jenaka tapi "makan dalam".

perkara sebegini seharusnya digalakkan dan dibuat... bukan hanya mempertontonkan bende2 yang membazir dan laro... ini kerana masyarakat terutama ganerasi2 muda masa kini terlalu dahagakan ilmu.... ilmu yang dimaksudkan yakni ilmu rohani dan bersifat pendidikan keagamaan.... bukan hanya mendedahkan kepada hiburan yang mampu melalaikan dan merosakkan anak bangsa...

mengenai program ini... sambutan diakhiri dengan menyebut Nama2 Allah dan Bacaan Doa... FK sempat juga pergi  ke jualan yang ada... ada la baju dan mafla sempat direbut...

akhir kalam... tak tau nak taip apa2... so kejarlah harapan walau setinggi gunung....

assalamualaikum dan slamat tahun baru

p/s: coretan sang pemalas

Monday, November 12, 2012

kadangkala kita x terjangka perkara silam itu akan berlaku kembali...
bagaimana ia berlaku,

kita akan teringat.
teringat sesuatu perkara yang ingin kita akhirkan...

namun semua itu hanya sekadar coretan dan andaian...
harapan agar sentiasa dalam keadaan yang baik itu sudah cukup memadai..
mungkin tidak terjangkau akan segalanya...
namun itu lebih elok jika mengetahui dari jauh
merasa gembira
walaupun sebenarnya tetap berdukacita...

perbezaan yang terlalu ketara,
mengakibatkan kesedaran di alam realiti,
apakan selayaknya memikirkan sesuatu yang sukar dicapai,
sesuatu yang terhalang oleh tembok darjat yang terlalu tinggi,
lebih baik mengundur diri,
walaupun dianggap pengecut,
biar terasa terasing,
pergi umpama badai,
tetapi dalam keadaan asing tetap mengingati diri,
bahawa merasa rendah adalah jln terbaik....

Sunday, October 14, 2012

Dunia Baru

Assalamualaikum.... rasanya dah sebulan kot FK tak mengarut kat blog ni... hahha.... sbb kali ni terlalu bz (ringkasan short form.. tah ye ke idak... x reti BI)...

tajuk hari yang gelap gelita sbb dah malam... berkaitan dunia baru...

yup dunia baru... yup... dunia belajar... hahhaha... al maklumlah... dah puas bekerja baru teringin nak belajar..

betul la apa org ckp... selagi niat utk belajar ada.... jalan ke arah tersebut tidak akan putus....
bg FK yg berjinak-jinak dgn dunia Universiti.... (yeye erkkk jerr... betul laa) terasa berbeza dari dunia bekerja dan belajar...

bermula dari minggu orentasi (istilah bdk sekolah) hingga ke dunia belajar ke U... ngan kelas2 yg memeningkan... baru faham kenapa bila masuk U perlu ada jadual harian....

tp apa2 pon... nasihat yg akak sedara FK bg sblum masuk U...
_biar jd seperti ikan dilaut... walaupun laut masin.. namun isi ikan tu tetap tawar... (maksudnya jgn jadi kejutan budaya... ) hahahahah...

sekian sahaja... ada time atau info.. atau FK nak mengarot FK akan mengarut... salam hormat... Bye2...