My Blog List


Sunday, May 27, 2012

Relex dan melepak... hak3

Tgh2 teroka Youtube... tgk ade lagu ni... boleh tahan juga.... tp dah lama..... apa2 pon layan jela... from Jazz Hayat.. Artis Brunei Darussalam...


Ini lirik dia...

Ooh... Ini kisah sedih ku
Aku mengharap kan
Sesuatu yang tak pasti

Disaat kau disisiku
Hidupku terasa indah
Hidupku penuh
Warna warni
Seperti pelangi

Ku akui ku rindukanmu
Saat kau tiada di sisi
Hancur hatiku
Bila kau Sudah berpunya...

(chorus)

I stalk your profile when I miss you
Tengok semua gamar you tanpa jemu
I stalk your profile when I miss you
Adakah kau juga memikirkan ku


Semua gambar-gambar you bersama si dia
Dalam captionya kata mu aku cinta dia
Reaksi ku meluat sedih pun ada
Memang kau ini player tapi malangnya
Ku mahu kau Jua..

(Repeat chorus)

Bridge:

Kau seolah memberiku harapan
Disaat sunyi rasa kesepian
Kau seolah memainkan perasaan
Ingin ku membenci mu tapi aku yang
Tak tahaan

(Chorus)


Composed & lyrics by Jazz Hayat

Friday, May 25, 2012

relex.... ooowwww yyeehhhh....

as salam... salam seblog.... pepagi bute ni al maklumlah xleh tido.... nak2 lak baru lepas balik lepak dr kedai mamak.... usah dikenang laa....kompom mate dok relex lg x leh tido walaupun otak dah fenin2 lalatlah.... hahha... berkata pasal relex... sebenarnya relex amat penting .... x relex nnti x tenang.... persoalan??
mcm mane nak dptkan relex ??? selepas tekanan kerje di pejabat mahupon mane2 ceruk perkejaan yg bermasalah bertan-tan.... kat sini nak bg tips skit cara simple nak relexkan dri dari tekanan...

1= balik kerje jgn trus balik rumah.. pergi di taman rekreasi sbb kat sana bnyak pokok2 hijau..
2=jgn pikir masalah kerje sampai ke rumah... kerje biar kerje... bila sampai rumah... hati nak tenang jerr...
3=bg yg islam tu seeloknya berwuduk dan membaca Al-Quran.... tenang jiwa mendengar kalam2 dri Ilahi....
4=rujuk pakar kauseling kalau kritikal sngt tekanan....dbn cara ini kita dpt brbncg bersama-sama pakar dalam menyelesaikan masalah anda dr kecelaruan otak...bak kata org... sakit kepala memanjang nnti otak biol... baik cri jalan sesuai...
5=bersukan... dpt lepaskan tekanan sekaligus mampu menyihatkan tubuh badan.... mcm 2 dalam 1... hak3

itu saja serba ringkas yg hendak ditaip.... jika ada salah harap maaf sbb ini hanya ikut terlintas di fikiran... dan jgn ikut ayat yg fk tulis sbb semuanya bahasa pasar...salah tatabahasa...

sekian... sokong Malaysia demi sukan....

arious... wassalam....

p/s:mane ikut dan jer... x rujuk mana2 pon... semuanya ikut otak... hehehhe

Monday, May 21, 2012

Lebah Lalat??? (O.o) ?

Assalamualaikum, salam sejahtera... pg td tgh sapu2 laman rumah... then dah nampak jantung pisang dah keluar...nak pulak pokok pisangnyer sebelah dgn rumah (dok kampong biase laa) cadangnye nak kait... apakan daya bila nampak jer sarang lebah mau terbantut trus nak mengaitnyerr...kebetulan bapakku ada dirumah... apa lg... fk panggillah sbb fk bukan tau sngt jenis lebah ni...nak hapus sarg x pepasai masuk spital... (kene tnyer pro dulu) bapak fk kluar rumah tgk ... katanya ni lebah lalat... dpt madu sodap.... ptg ni plan nak ambik madu... hahhaa..

balik semula topik asal... disebabkan punce lebah tersebut... fk postkan maklumat pasal  lebah lalat ni... boleh tambah lg pengetahuan...
--------------------------------------------
LEBAH LALAT

Lebah Lalat merupakan sejenis serangga dalam keluarga lebah. Nama saintifik Apis cerana. [1] Ia merupakan lebah yang terkecil sekali.

Lebah lalat membuat sarang di kawasan yang terbuka, di atas atap rumah dan di ranting pokok. Lebah lalat juga menghasilkan madu, tetapi penghasilan madunya terlalu sedikit dan tidak menguntungkan untuk dipelihara sebagai lebah madu.

Masyarakat lebah

Lebah pekerja menjalankan tugas di sarang.

Masyarakat lebah terbahagi kepada beberapa kasta:
Lebah Pekerja
Lebah pekerja memiliki saiz badan kecil. Bilangan dalam sarang boleh melebihi 10,000 ekor (20K-200K). Jangka hayat 20-40 hari atau sehingga menggunakan sengatnya (140 hari semasa musim sejuk). Bekerja hingga akhir hayat, jantinanya adalah betina mandul. Tugas pekerja ialah membina kom, menjaga sarang, larva, jantan yang muda dan ratu. Ia juga membersihkan sarang, mengumpul madu, debunga dan propolis memberi bantuan perwapan nektar, menutup sel (madu dan pupa), mengeluarkan telur jantan dan memindahkan larva untuk menjadikan ratu yang baru.
Lebah jantan
Lebah jantan bersaiz sederhana. Terdapat sehingga 200 ekor / tiada langsung dalam sarang. Jangkahayat boleh capai sehingga 60 hari atau sehingga mengawan. Berfungsi mengawan sahaja (dengan ratu dara/muda).
Lebah ratu
Lebah ratu bersaiz besar. Hanya satu dalam sarang. Jangkahayat: ekonomik - 2 tahun, maksima - 8 tahun; bergantung kepada sperma yang diperolehi. Jantina: betina / bisexual (parthenogenesis). Tugas Ratu adalah mengawan dengan lebah jantan - di udara 'mating flight' (temuan tahun 17771 oleh Janscha); 5-20 minit di sebelah petang. Menghapuskan 'adik' atau 'ibu', mengeluarkan telur (3 hari selepas mengawan) dan mengeluarkan hormon 9-hydroxydecenoic acid (HDA). Daripada 90 juta sperma yang dikeluarkan (deposited) oleh beberapa ekor dron, hanya 7 juta yang akan disimpan di dalam spermatheca (ratu). Hormon 9-HDA ialah hormon yang mengawal koloni. Ketiadaan hormon dalam haif akan merangsang kepada pekerja bertelur, pembentukan sel ratu dan telur diletakkan ke dalam sel ratu.
-----------------------------------------------------------------
Ni pulak gambar yang fk ambik kat rumah... baru nak start buat sarang...

(ambik dari jauh....)

Yg ni dekat skit.....

(ni lagi dekat... hahahah)


 sekian sahaja...akhir kalam.... fk memang type dalam bahasa pasar... so jgn gune ayat kat blog fk utk buat karangan atau surat2 rasmi.... hak3....

p/s: sumber yg fk peroleh http://ms.wikipedia.org... serta bapakku yg terhebat.... 

Terjemahan Doa Surah Yasin

Assalamualaikum
 Budaya kita bila malam jumaat di Malaysia kebanyakannya (negara lain x tau laa) pasti baca surah yasin sama ada di masjid atau surau2 (mane yg x buat pon ade gak sbb kadg2 ade kuliah ilmu)... selepas solat fardu magrib dan sebelum masuk waktu solat fardu isyak... selepas habis baca surah yasin pasti akan bace doa bukan... disini saya saya lampirkan terjemahan doa Surah Yasin untuk menambahkan lagi pengetahuan kita...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Doa Surah Yasin

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi maha Pengasih

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, pujian yang memenuhi nikmat-nikmat-Nya dan sejajar dengan kurnia tambahan-Nya. Wahai Tuhan kami, kepadaMulah segala pujian sesuai dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu. Ya Allah, cucurkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah, dengan keberkatan surah Yassin serta Al-Quran yang penuh hikmah dan dengan berkat orang yang Engkau pilih untuk diutuskan risalah, kenabian, kewalian dan hidayah ke jalan-Mu yang lurus, juga keberkatan atas segala yang dibawa oleh Jibril daripada-Mu, iaitu Al-Quran dari Yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang.

Kami pohon keberkatan dengan khasiat huruf-huruf dan nama-nama yang sempurna serta dengan apa yang Engkau zahirkan penciptaan dari ayat-ayat keterangan yang nyata. Dan dengan kehalusan serta kelembutan-Mu yang menenangkan setiap keresahan dan membebaskan setiap yang terpenjara.

Wahai Tuhan yang mengalirkan setiap lautan dan semua mata air. Wahai Tuhan pemilikannya hanya antara huruf kaf dan nun(kun) dan yang mengetahui segala sesuatu yang belum berlaku. Kami pohon pada-Mu Ya Allah agar Engkau kurniakan kepada kami rezeki dengan keredhaan–Mu. Jadikanlah kami dan kurniakanlah tempat kami kebahagiaan dan kekayaan.

Engkau mudahkanlah segala hajat dan permintaan kami. Jadikanlah setiap seorang daripada kami di kalangan hamba-hamba-Mu yang sentiasa memperoleh kejayaan dan kemenangan. Janganlah Engkau jadikan kami golongan yang menagih rezeki dari orang lain. Ikatkanlah lidah orang yang memburuk-burukkan kami. Engkau pandulah kami dengan taufik-Mu. Jadikanlah keredhaan-Mu sebagai teman dan sahabat kami.

Anugerahkanlah kami dengan sifat kemulian dan kehebatan serta perkenankanlah doa kami dengan kadar segera. Ya Allah perkenankanlah doa kami. Jadikanlah harapan kami sebagai realiti dan masukkanlah kami ke dalam benteng anugerah-Mu yang kukuh, dengan rahsia firman-Mu: " Sesungguhnya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu hanyalah dengan Dia berfirman kepada perkara itu, jadilah! Maka ia terus jadi. Maka Maha Sucilah Tuhan yang dengan tangan-Nya kekuasaan memiliki dan menguasai segala sesuatu, dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan".

Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang terperangkap dalam hutang. Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang ditimpa dukacita. Maha Suci Tuhan yang pemilikan-Nya hanya antara huruk kaf dan nun. Maha Suci Tuhan apabila Dia menghendaki sesuatu memadai hanya dengan Dia mengatakan "jadi!" maka jadilah ia.

Wahai Tuhan yang menghilangkan dukacita, hilangkanlah. Wahai yang menghilangkan dukacita, hilangkanlah. Wahai yang menghilangkan dukacita, lenyapkanlah dari kami kesusahan, dukacita dan segala masalah kami. Wahai Tuhan yang Maha Hidup dan berdiri dengan sendiri.

Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s:Sumber diperoleh 100% dari blog http://alkurawi.blogspot.com.. terima kasih kpdnya sebab menterjemahkan doa dri bahasa arab ke bahasa melayu... siapa yg dah tau alhamdulillah... siapa yg baru tahu... syukur alhamdulillah...



Temuduga.... eermm....

Assalamualaikum... salam seblog...

di pagi bebute ini lepas bace satu segmen mengenai temuduga kat wall fb....terasa nak type bende2 berkaitan temuduga lak... hahhaha...

ok... sini ada tips sblm temuduga... mana yg ok korg ambik... mana x ok lantak pi ja...

Pesanan permulaan..selang 5 hari sebelum temuduga atau hari temuduga... pastikan anda...anda... dan anda semua dah bersiap sedia dengan info semasa (macam maklumat syarikat tempat temuduga,nama menteri,masalah negara,hiburan,serta sukan) serta mengemaskan diri anda... mane simpan janggut dan bermisai.. sila supaya kemas dan tidak menyerabutkan si penemuduga... sebab itu dikira markah kekemasan...

Penyusunan Fail sebelum temuduga.
pastikan sijil2 akademik diletakkan di halam pertama skali, kemudian jika ada sijil ko-kurikulum... ambil peringkat yang lebih tinggi skali (jika ada sijil kebangsaan... letak selepas halaman akademik sbb penemuduga akan lihat bahawa kita aktif atau x...jgn x sangka pula... sijil ko-ko memang penting utk permohonan kerje selepas sijil akademik)

Gaya penampilan pakaian...
sebaiknya bagi lelaki pakai seluar hitam baju putih... tie pulak... errmmm ikut la mana2 tie asalkan x kontra dgn sluar dan baju... (fk dulu tie itam jerr (tie sekolah dulu... hahahah) )bagi perempuan... pakai pakaian sopan dan tidak menjolok mata... ini penting kerana jika anda pakai pakaian sebegitu... perspektif penemuduga pasti akan berubah negatif walaupun  anda seorg yang baik..

Bercakap dihadapan penemuduga
sebaiknya... jgn sesekali tersesat keluar ayat2 yang kurang enak dan sebab itu dah menunjukkan perspektif diri kita sebenar... biar tiap kali temuduga ckp mantain control sopan , ayu dan macho...bila penemuduga tu tnya soalan... jwb jgn terlalu yakin atau tergagap.... mantain relex... cool.... sederhana.... bg menunjukkan kita still ok dan tenang (walaupun hati hanya tuhan saja yang tahu).....

Selepas habis sesi temuduga kerja
yg ni ramai selalu lupa... termasuk den skali... bila dah taman sesi... sila ucapkan "terima kasih"..
biar nampak betertip... sebab ini menunjukkan kita ramah... dan mesra serta lebih ketimuran... perkataan terima kasih tu sekaligus mungkin akan mengubah persepsi si penemuduga anda selepas habis temuduga... mungkin semasa temuduga anda kelam jerrr... tp... dgn hanya perkataan tu... mane tau kan... terubah fikiran mengatakan anda ok dimata serta fikiran mereka...

akhir skali... ade petua skit... fk dpt ni dri kwn2 serta org2 terdekat fk...
kalau gemuruh
=makan cokelat
=atau pergi kencing dulu
=atau sembang melalut skit ngan kawan2 sebelah yg sama hadir dgn temuduga
=takpon bg yang islam sebelum pergi baca bismillah,ambil wuduk...
=jgn lupa juga..mintak doa/restu dr mak apak kalian... tu penting...

itu saja yg dpt dikongsikan... mane yg buruk jgn ambik kesah... mana yg elok jdkan panduan... akhir kalam.. assalamualaikum... slamat pagi bebute...

p/s:*sumber maklumat ni fk kutib dr pengalaman sendiri, sahabat2 fk serta abg saudara fk ... x lupa blogger2  serta ruang fb yg fk tgk td.... ^_^

Sunday, May 20, 2012

Paranormal????

Assalamualaikum,selamat petang, good evening (eeerkkk... awak idok le reti sesangat Bi speking ni)...
hahaha... dah lama x buka blog... sibuk sesangat dengan hobi tetap fk.. hahhaa (TIDO)

td mase fk tgh usha2 fb tgk perkembangan insan2 yang kerap meng"update" ade mmber chat kata kawan dia kene histeria lepas mase bace surah Yasinn kat rumah...... dah kira kes paranormal tu...

kenapa paranormal....
?????

kejadian paranormal ini berlaku jika kita terasa semacam seram sejuk,naik tegang bulu roma,hati x tenang,macam ade org mengintai saja...

selain itu,paranormal ni mudah membuatkan orang yg selalu lemah semangat,penakut,atau bercakap besar terus kecut dan diserang Histeria... (histeria ni mcm mengamuk separa sedar... contoh menangis tiba2...kemuadian gelak sengsorg)

fk teringat yg adik fk cerita.. waktu tu kat skolah dia kecoh kene serangan paranormal sebab langgar pantang(pantang apa fk x tau)... asal setengah jam jer... hahahaha... jage2 ko kene histeria.... tp yg fk x tahan tu adik fk crita ade ckg tu bengang sngt budak tu mengamok tak tentu pasal ditamponyer bdk histeria tu... terus senyap.... zzzzzzz...

ok2... balik semula...
bak kata org2 berilmu dan orang2 lama,paranormal ni ada cara nak dielakkan...
jika terasa sesuatu ini petuanya...

1-jgn putus air sembahyang
sebab apa tu tnya ustaz

2-bila terasa sesuatu baca ayat kursi,3 Kul dan kalau kalau mati kutu zikir nama2 Allah,
bab tu tanya ustaz juga

3-ni ye betul,jangan memandai nak berani diri cakap besar atau pergi ceroboh kawasan "dia"
hal ni kita selalu tgk kat TV,asal nak cari populer jerr mulala pergi tempat2 mengarut...lepastu nak tunjuk berani rakam itu,rakam ini... balik kene sampok... masok Newspaper mati bunuh diri dgn alasan sbb kene ganggu...inilah padahnya... (tp jgn kita salahkan takdir dari tuhan)

kita x perlu hairan sebab bukan sahaja kita sebagai manusia yg tinggal di atas muka Bumi ciptaan Illahi,but kaum2 jin pun ada skali... oleh itu... sentiasa tenang,relex...dan yakin bahawa Allah ada disisi...

sekian... nnti ade apa2 yang terlintas maka akan muncullah topic2 yang merapu dari fk
sayonara.. ^_^

p/s: *disebabkan type ikut kata hati x rujuk mana2... so jgn marah kalau tersilap

Sunday, May 6, 2012

Menyimpan Untuk Masa Depan...

Baru2 ni dalam 2 hari yang sudah fk ke pejabat Pos, time tu disapa dek apis... bdk sekampong.... dia ni boleh dikatakan OKU atau Orang Kelebihan Upaya... tp ade satu yg fk tertarik bab dia... menyimpan....
kenapa menyimpan??? hahaha... senang je jwb dia... untuk dia dah tua..... xde bergantung pada orang lain.... dan menyusahkan org lain... ppeergg... walaupun OKU... tabik spring laa... sbb dia lagi pro bab menyimpan dr fk.... dia siap galakkan lg buka Amanah Saham.... (dan2 tu jugak teman bukak akaun ..hahha)



fk ade juga usha2 blog pasal teknik menyimpan.... ternyata... macam2 teknik ade... tp yang paling menarik blog
http://lawrencevision.com .... tentang kepentingan melabur ASB atau Amanah Saham Bumiputera.... jika kita melabur di ASB.... dalam jangka masa panjang kita akan mendapat keuntungan.... biar sedikit namun berbaloi.... fk ade tnya had limit pelaburan sampai brapa kat staf pejabat pos mase tu...(nak tau gak ape kelebihannye,kurangnyer...).. dia kata RM 200,000.. tapi elok kita jgn kerap keluarkan sbb sedar x sedar duit boleh jd sikit.... hahhaha...



di sini fk nak kongsikan beberapa tips yg ade fk dah praktikkan... ade gak fk lihat pandangan dr bloger2 lain....
cara2 menabung dengan bijak....

1=Buka satu akaun bank yang ada kad ATM
Bagi yg dah bekerje selalunya ada kad ATM... asal wallet kosong mulala nak cucuk mesin ATM tu.... bila dapat gaji... kita keluarkan separuh dari gaji kita... jangan keluarkan semua.... buat list dengan teliti.... agih2 kan duit yang separuh tu kita untuk kita simpan ke akaun lain..

2=Buka satu akaun yang xde Kad ATM
Sbb apa ..? kita xkan terasa tangan untuk cucuk duit... dan kita akan rasa selamat.... lagi satu.... kepentingan buka akaun sebegini... memudahkan kita jika terdesak tiada punca nak dptkan wang.... keluarkan jika betul2 terdesak sahaja....

3=membeli sijil simpanan primium BSN
jika kita membeli sijil simpanan primium... paling koman pon RM 10... xpe... beli jerr... kita x boleh keluar dalam tempoh 45 hari... dgn kata lain duit kita dah selamat dr masalah pembaziran....

4=Tabung di rumah??
macam era skolah dulu2... mesti ada tabung... skarg majoriti x pakai tabung kalau dah dewasa sbb anggap itu mende remeh.. jgn bersikap sedemikian.... tabung ni amat berguna.... bila kita ade je balen duit syiling... terus masuk dalam tabung.... jgn sepahkan.... kita syik masuk...masuk...masuk.... tanpa sedar... boleh bertimbun.... biar simpan sikit2... lama2 akan jadi bukit..... lepas tu humban je dalam bank.... kemaskini buku akaun... dah satel.... hahhaha...

bagi golongan remaja pon boleh juga menyimpan... malah digalakkan lagi.... terutama pelajar sekolah.... senang untuk belajar atau sambung ke peringkat yg lebih tinggi.... kalau xnak smbung belajar pun... tabungan tersebut boleh diguna untuk perancangan sebelum dapat kerje tetap....

akhir kalam.... selamat berusaha.... ahhahaa...

P/s:sumber yg fk ambik... http://www.qimie.com,http://lawrencevision.com serta http://www.asnb.com.my.. ^_^

Wednesday, May 2, 2012

Usahawan Bumiputra Yang Berjaya

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Biodata Ringkas Syed Mokhtar
Tarikh Lahir:1951
Pendidikan:SPM
Mula Berniaga:Umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan:AS$1,700juta
Kelima terkaya di Malaysia (2012)
344 terkaya di dunia (Sumber: Forbes)
Antara Syarikat Miliknya:MMC,Pelabuhan Tanjung Pelepas,Gardenia,DRB-HICOM,Bank Muammalat

Disini saya ingin kongsikan kata-kata hikmah dari Tan Sri Syed MokhtarAl-Bukhary untuk renungan kita bersama. Moga-moga ia akan menjadi kebaikan untuk kita semua dan menjadi inspirasi untuk menjadi lebih cemerlang....

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah .
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.
Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.